PENGERTIAN KHALWAT

Khalwat pada maknanya ialah menyendirinya seorang lelaki dengan perempuan yg bebas dari pandangan mata manusia. Hal sebanyak ini banyak terjadi di zaman sekarang ini,iaitu dirumah rumah orang Islam yang mengambil pembantu pembantu wanita ajnabiyah yg didatangkan dr negeri negeri jauh tanpa muhrim. Hal ini sering terjadi bahkan merupakan satu kenyataan.

Kalau tuan rumah atau salah seorang anaknya atau salah seorang anggota keluarganya selalu berkhalwat(berdua duaan) dengan pembantu rumah,maka apabila anggota keluarga yg lain keluar,ketika itulah syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyeret melakukan maksiat.

Maka dengan demikian terbuktilah sabda Rasulullah SAW tentang bahayanya berdua duaan. Hal sebegini akan terjadi pada lelaki dan wanita tidak kira sama ada mereka yg soleh ataupun yg telah tua.

Satu perkara yg tidak dinafikan lagi ialah tabiat manusia lelaki dan wanita akan mencintai antara satu sama lain telah merupakan fitrah. Apabila pembantu² rumah terdiri dari wanita² yg cantik maka ia merupakan bencana yg besar yg akan menimpa kaum Muslimin di zaman sekarang. Di akhir² ini ramai  orang yg mengambil pembantu rumah terdiri dari mereka yg mempunyai daya tarikan yg boleh mendorong seseorang itu melakukan maksiat apabila tidak ada orang selain dari mereka. Semoga Allah menjauhkan kita dari bencana-Nya.

Satu lagi jenis ikhtilath yg sering menimpa kaum Muslimin dan bahayanya tidak kalah dgn apa yg disebut diatas iaitu sesetengah org Islam mengambil pemandu dan pemandu lelaki,dan jelaslah kita akan lihat bahawa pemandu itu akan bersama seorang anak perempuannya atau pemandu itu bersama isterinya tanpa disertai oleh muhrimnya. Ini adalah satu sebab kenapa berlakunya keretakan rumah tangga bahagia.

Sesetengah org Islam menyuruh pemandu keretanya menghantar puterinya ke sekolah dan ada pula yg menyuruh menghantar isterinya ke kompleks nembeli belah disertai pemandunya. Kadang² pemandunya bkn org Islam dan menyimpang dari tuntutan agamanya. Walaupun untuk mempelajari ilmu wajib dan si pemandu org yg soleh,ini tetap haram kerana Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud

 "Tidak berdua duan seorang lelaki dengan perempuan,kecuali syaitan masuk menjadi pihak ketiga."

Walaubagaimana pun kejelikan mungkin terjadi oleh itu org Islam yg berakal tidak akan menerima perlakuan seperti itu untuk keluarganya. Dan tidak boleh baginya mengabaikan amanat dan melepaskan sembarangan apa yg ia miliki yakni melepaskan muhrim muhrimnya kearah bencana.

Satu lagi yg masuk dlm jenis ikhtilath yg haram adalah berpergian seorang wanita tanpa disertai muhrimnya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya
"Tidak boleh berpergian seorang perempuan kecuali dengan muhrimnya" (Muttafaq Alaih)

Kalau wanita berpergian tanpa muhrim ini akan menimbulkan Fitnah dan kehancuran. Yang tergolong muhrim bg perempuan ialah suami atau yg haram berkahwin dengannya sebab nasab seperti saudara atau yg terjadi susuan,saudara susuan.

Selanjutnya yg termasuk dlm ikhtilath yg tidak dibolehkan ialah bercampurnya anak lelaki dan perempuan yg sudah tamyiz yang dalam satu tempat tidur walaupun mereka bersaudara.Rasulullah telah memerintahkan supaya memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan walaupun mereka bersaudara.

Firman Allah SWT...
"Waha orang yg beriman,janganlah kamu masuk kedalam rumah yg bukan rumah kamu,sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya(ahlinya): yg demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat(mematuhi cara dan peraturan yg sopan)  (an Nur ayat 27).

Pentingnya peraturan kunjung mengunjungi seseorang sebagaimana tersebut diatas adalah kerana orang yg datang boleh jadi wanita ajnabiyah yg memungkinkan terjadinya percampuran dgn anak² tuan rumah.atau yg datang itu ialah lelaki ajnabi yg memungkinkan terjadi percampuran dgn muhrim² tuan rumah. Bila ini terjadi bererti tuan rumah telah dihadapkan bermacam macam mara bahaya yg menggoncangkan keluarganya dan masyarakat.

Wahai saidari saudari kaum muslimat,hindarilah menghambakan diri kepada orang lain selain kepada orang yg telah melahirkan dan memelihara kamu sejak kecil mu. Ini kerana kebanyakkan para majikan itu menyimpang dari ajaran² Islam yg lurus dlm segi aqidah,akhlak,tutur kata dan kebudayaannya...

Yang baik dari Allah salah dan silap dari diri sendiri.

4.1.2017 MZA BktTembaga

RUMAHTANGGA BAHAGIA

HUKUM HUKUM PERKAHWINAN

ERTI NIKAH
 - nikah ialah perjanjian diantara lelaki dan perempuan untuk menghalalkan perempuan dengan beberapa syarat :

Hukum Kahwin ada 5 :
 1. Wajib
 2. Haram
 3. Sunat
 4. Makruh
 5. Mubah

1. Wajib - Seseorang yg mempunyai keinginan yg kuat kepada perempuan dan mampu memberi mahar dan nafkah serta takut akan berzina!maka kahwin bagi orang itu disebutkan adalah WAJIB.

2. Haram - Haram kahwin bg seseorang yg tidak ingin kepada perempuan dan ia yakin tidak boleh menguruskan seseorang perempuan seperti tidak mampu memberi mahar,nafkah,tempat tinggal dan lain-lain kewajipan, jika ia berkahwin juga mungkin ia hanya akan memberi kemelaratan dan kesusahan sahaja kepada perempuan yg dikahwininya.

3. Sunat - Asal hukum nikah sunat bagi orang yg berkeyakinan dan berkemampuan berdasarkan kepada  banyaknya anjuran di dalam Al Quran dan Hadith² yg diriwayatkan oleh Muslim yg bermaksud "Ada 4 perkara yg mendatangkan kebahagian kepada manusia dan 4 perkara yg mendatangkan kecelakaan kepada manusia".

4 perkara yg mendatangkan kebahagian kepada manusia:
 1. Perempuan yg Solehah
 2. Tempat tinggal yg selesa
 3. Tetangga yg baik
 4. Kenderaan yg mendatangkan kesenangan

4 perkara yg mendatangkan kecelakaan:
 1. Tetangga yg jahat
 2. Isteri yg jahat
 3. Kenderaan yg meragam
 4. Rumah sempit.

(bersambung) 31.12.2016 siri 1  rumahtangga bahagia #ditulis oleh MZA bahagian dakwah darul u'lum group.

APAKAH HUKUM SAMBUT TAHUN BARU 2017

Antara syarat-syarat menyambut Tahun Baru Masihi :

1. Tidak menganggap ianya adalah satu upacara keagamaan dan tidak dianggap dianggap sebagai ibadat.

Ini adalah kerana perayaan tersebut sempena kelahiran Tuhan Jesus (pegangan Kristian) dan mereka menganggap merayakannya adalah salah satu daripada upacara ibadat dan penggagungan kepada Tuhan mereka.Ini adalah kerana Allah melarang kita menyembah dan beriktiqad sebagaimana iktiqad-iktiqad yang songsang dan batil.

Ini adalah kerana mereka (Kristian) walaupun daripada agama samawi yang dirunkan Allah namun telah dipesongkan. Tapi andainya sekadar menyambut dengan ber mujamalah(dalam bab kesopanan dan kebaikan dalam pergaulan). Firman Allah :“Katakanlah (Wahai Muhammad) : Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah !dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah ! dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah ! dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah ! untukmu agamamu dan untukku agamaku”.(Surah al-Kafirun : 1-6)

2. Sambutan dilakukan atas dasar Uruf dan Adat.

Dalam Qawaied Fiqhiyyah ada menyebutkan satu kaedah :“al-Aslu fil ashya’ al-Ibahah”.Maksudnya : “Asal hukum sesuatu perkara itu adalah harus”. Ini adalah mengikut Mazhab Syafie yang mengharuskan hukum sesuatu perkara sehinggalah datang dalil mewajibkan dan mengharamkan perkara tersebut. Rasulullah ada bersabda : “Halal itu apa yang telah diperkatakan halal oleh Allah dalam kitab-Nya , haram itu apa yang diperkatakan haram oleh Allah itu dalam kitab-Nya, dan apa tidak diperkatakan oleh-Nya,  (tidak dinyatakan halal dan haram secara qati’e) maka ianya dimaafkan perkara tersebut disisi Allah”. (Hadis Riwayat al-Tarmizi)

Dalam kaedah lain pula menyebut :“al-‘Adat al-Muhakkamah”.Maksudnya : “Adat yang tidak bercanggah dengan syara’ boleh menentukan sesuatu perbuatan dan tindakan”. Begitu juga dalam satu lagi kaedah :” Innama tu’tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat“.Maksudnya : “Sesungguhnya sesuatu perkara diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan atau dilakukan oleh majoriti”. Oleh kerana itu, beberapa kaedah diatas menunjukkan bahawa pengaharusan dari sudut hukum untuk kita menyambut perayaan tahun Baru sekiranya ia dianggap sebagai adat dan kebiasaaan setempat mengamalkannya tetapi mestialah sesuai dengan norma-norma Islam.  

3. Menjaga isi kandungan majlis, aktiviti dan setiap slot dalam sambutan tersebut sesuai dengan kehendak syara’.

Sesungguhnya manusia dicipta untuk menghambakan diri kepada Allah bukan kepada nafsu sebagaimana Firman-Nya :“Dan tidaklah aku menciptakan manusia dan jin melainkan untuk menghambakan diri kepada-Ku”.Sepatutnya, sambutan tersebut diisi dengan program dan aturcara-aturcara ilmiah yang dapat membangkitkan naluri dan fitrah kemanusiaan kepada pencipta-Nya yang telah menganugerahkan kehidupan kepada mereka dengan pelbagai nikmat-nikmat.

Firman Allah taala :“Sekiranya kamu menghitung nikmat-nikmat Allah maka nescaya tidak akan terhitung banyaknya”. (Surah Ibrahim : 34)Samada disusun sebagaimana agenda nasyid, sajak, lakonan pentomen, ucapan tazkirah, doa dan lain-lain agar sentiasa melazimi kebaikan dan tolong menolong melakukan kebajikan samada dikalangan muslim mahupun non-muslim. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Sesiapa yang menyeru kepada hidayah Allah maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang melakukannya, tidak akan dikurangkan pahala tersebut walaupun sedikitpun”.(Hadis Riwayat Muslim)

Apa yang disarankan oleh Rasulullah kepada umatnya agar kita sentiasa berada dalam nikmat Allah yang banyak itu dengan bersyukur dan sentiasa merenung kepada pemberian tersebut agar hati-hati kita jinak dengan setiap qada’ dan qadar Allah taala. Bahkan antara banyak-banyak doa yang Nabi tuturkan adalah doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat dalam apa jua bentuk pengamalan yang dilakukan. Daripada Anas bin Malik :“Adalah yang paling banyak Nabi berdoa : “Allahumma atina fiddunia hasanah wa fil akhirati hasanah waqina azabannar (Ya Allah ! Berikanlah kami kehidupan didunia akan segala kebaikan dan kehidupan di akhirat juga segala kebaikan serta jauhilah kami daripada neraka-Mu)”.(Hadis Riwayat Tarmizi)
4. Menjaga batas-batas pergaulan antara yang bukan mahram.

Apa yang penting dalam setiap majlis dan program-program yang dilakukan mestilah cuba sedaya upaya untuk menjaga batasan pergaulan. Namun secara kebiasaannya dalam majlis yang besar seperti sambutan Tahun Baru ini, pastinya pelbagai jenis manusia yang hadir dari seluruh pelusuk  dan ceruk muka bumi untuk meraikannya. Samada daripada mana-mana darjat, kedudukan, umur, jenis, agama dan lain-lain.

Oleh itu perlulah sentiasa mengambil ihtimam (mengambil berat) dengan menjaga etika dan sosio pergaulan agar ianya sentiasa dalam landasan syara’. Kerana sudah pastilah dalam medan yang dipenuhi manusia, pelbagai kelakuan yang buruk akan berlaku andainya tidak dijaga. Mestilah sentiasa menjaga pandangan, pendengaran, percakapan dan adab pergaulan. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah pernah bersabda :“Telah tertulis keatas tiap-tiap anak Adam akan bahagiannya daripada perbuatan zina samada dalam keadaan sedar tentu sahaja : Mata, kedua-duanya berzina dengan cara penglihatan, Telinga, kedua-duanya berzina dengan pendengarannya, Mulut berzina dengan kata-katanya, Tangan, kedua-duanya berzina dengan kekerasan”.(Hadis Riwayat Muslim) Moga dijauhkan kita semua daripada segalanya itu.  

5. Mengharapkan Berkat dan Rahmat daripada Allah taala.

Ketika inilah kita mengambil peluang daripada perhimpunan secara langsung tersebut dengan mengajak seluruh manusia kepada kesatuan dan saling nasihat menasihati dalam pekerjaan agama. Firman Allah taala : “Bertolong-tolonglah kamu semua kepada kebajikan dan mendapatkan taqwa , janganlah kamu bertolong-tolong kepada kejahatan dan permusuhan “.

(Surah al-Maidah : 2) Sabda Rasulullah daripada Abi Ruqayyah Tamim bin ‘Aus al-Darriyyi :“Agama itu adalah Nasihat”. Kami bertanya : “Kepada siapa?”, Lalu Rasulullah berkata : “Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan kepada rakyat secara keseluruhan”  (Hadis Riwayat Muslim) Bahkan kita mengaharapkan dengan segenap pekerjaan dan tanggungjawab kita sehari-hari samada dalam persoalan agama, keduniaan, kepentingan negara, kemasyarakatan, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan lain-lain adalah untuk mendapatkan berkat dan rahmat daripada Allah taala. Firman Allah taala : “Dan sekiranya penduduk sesuatu negeri itu beriman nescaya kami akan bukakan (anugerahkan) bagi mereka berkat-berkat daripada langit dan bumi”. (Surah  ).

Kita takut sekiranya majlis dan sambuta Tahun Baru tersebut dilakukan bukan kerana Allah bahkan kerana hawa nafsu dan untuk berseronok dengan perkara dunia yang sia-sia maka Berkat dan Rahmat Allah tidak akan turun kepada kita bahkan azab Allah itu mendahului kepada seluruh negeri. Firman Allah taala : “Peliharalah diri kamu daripada dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja dikalangan kamu, ketahuilah bahawa Allah teramat keras siksaannya”. (Surah al-Anfal : 25)  

KESIMPULAN

 Semoga Tahun Baru yang akan disambut malam nanti adalah sebagai satu muhasabah kepada amalan-amalan yang dilakukan sebelum daripada ditahun-tahun yang terdahulu dagar kita mampu sentiasa meningkkatkan potensi diri daripada buruk kepada yang baik, dan daripada yang baik kepada yang lebih baik dan terbaik.

Jadikan Tahun Baru ini momentum kepada sebuah tindakan kerja dan aktiviti seharian agar mengikut kehendak dan landasan Islam yang sepatutnya.Ikhlaskan niat, kenali diri, spesifikkan azam, perbanyakkan amalan, anggarkan keberjayaan, ransang tindakan kearah kebaikan dan positifkan keadaan kerana kita adalah hamba Allah yang Maha Esa.

Kerana sesungguhnya masa itu adalah amat berharga kepada kita sehinggakan Allah taala sendiri yang menukulkan dalam Firman-Nya : “Demi Masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan kepada kebaikan serta  berpesan-pesan kepada kesabaran”.(Surah al-Asr : 1-3) Wallahu Waliyyu al-Taufiq

Disediakan Oleh : 
Team Dakwah Darul U'lum Kedah(mza)




AYAT MENDAPAT ZURIAT & AMALANNYA.

Koleksi Doa-Doa


CARA AMALAN
1. Lepas Manghrib
11X
2. Lepas Subuh
11X

*Semasa Baca Niat dan Yakin Sepenuhnya Hajat Kita Pada Allah.

Sebarang Pertanyaan
Boleh Hubungi Kami
013-4916228

PENJELASAN LENGKAP PASAL SAKA

Apa itu SAKA???

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam – saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir – saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.

Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah pihak.



  AKU JANJI SAKA

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)

GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup

1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:
a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.

APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz). Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan. Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama, tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti. Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan kewujudan alam jin.

Hampir 90% pesakit yang membuat rujukan ada melibatkan SAKA.
Ramai juga yg dah sedia tahu mereka ada saka, tapi masih ramai tidak tahu rupa2nya selama ini punca permasalahan adalah Saka.

Jom kita cuba check sama ada kita ni ada SAKA ka tak atau sihir atau sebagainya.

#GUNA BISMILLAH 
#ANDA SENDIRI BOLEH SCAN DIRI ANDA SEBENARNYA JIKA TIDAK MENGHAFAZ AYAT² RUQYAH.
#Yang_Penting
#No.1_Hati

#PM NO. UNTUK KAMI WHATSAPPKAN.



RAWATAN ISLAM *Darul U'Lum*: AYAT PEMATI SIHIR

RAWATAN ISLAM *Darul U'Lum*: AYAT PEMATI SIHIR

AYAT PEMATI SIHIR

RM10.00 
PROMOSI
@KHASIAT
@FADHILAT
@KELEBIHAN
#PM Segera.

Wangi-wangian adalah merupakan kegemaran Rasulullah SAW, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud,"Sesungguhnya Allah menyukai setiap yang berbau harum (wangi) dan suka pada pakaian yang bagus-bagus" (HR Ad-Dailami)

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-

1) Memberi kekuatan pada roh
Haruman adalah santapan roh, manakala kasturi adalah merupakan sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman sebagaimana sabda Nabi SAW:
“Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi” (Hadis Riwayat Muslim)
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
Menurut Imam Syafie R.A. bahawa antara perkara yang dapat menguatkan badan jasmani ialah dengan mencium bau-bauan yang harum .


PM SEKARANG
RM10,00

AWAS !!! AWAS !!! PENGGUNA FACEBOOK #SANTAU

"PERANAN IBU BAPA PENTING"
KENALI SANTAU, JENIS SANTAU DAN CARA UBAT SANTAU
#AWAS !!! GAMBAR !!!  
#AWAS !!! GAMBAR !!!
#AWAS !!! GAMBAR !!!
#SYG_ANA_SOKMO
#SYG_ANA_SOKMO
#TOLONG_PRIHATIN_
#BAHAN_BAHAN_SANTAU

1. Bahan Bisa boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puyu, ubur-ubur, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya.

2. Bahan Miang/Gatal diantaranya ialah sepertu miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni, ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.

3. Bahan Pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor daripada binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya.

Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

1. Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu
    kecil seperti serbuk kaca.
2. Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
3. Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit
   menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
4. Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
5. Lenguh seluruh anggota badan.
6. Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
7. Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
8. Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
9. Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
10. Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut.
11. Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
12. Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
13. Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan
     Islam.
14. Sentiasa sakit pada tulang belakang
15. Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)

Jenis-jenis Santau:

Santau Makan/Minum
Ramuan santau dimasukkan ke dalam makanan atau minuman secara zahir oleh manusia atau pun secara ghoib dengan menggunakan khidmat jin (khadam).  Mereka yang mengambil makanan/minuman tersebut akan menjadi mangsa santau.

Santau Angin
Ramuan santau ‘dituju’ kepada mangsa dari jauh – samada dengan teknik pemujaan atau pun teknik pandangan mata (a’in) dengan melihat mangsa dari jauh. Bagi jenis santau ini, elemen makanan atau minuman adalah tidak diperlukan sama sekali. Ramuan santau akan ‘dihantar dan dimasukkan’ secara ghoib ke dalam badan mangsa berkenaan (biasanya perut atau dada) dengan bantuan jin angin. 

Santau Tuju
Santau tuju ini biasanya dilakukan oleh pengamal ilmu hitam bertaraf tinggi. Santau tuju ini adalah sangat kuat dan boleh membunuh mangsa dengan serta merta; atau sekurang-kurangnya penyakit parah akan menyerang mangsa (seperti muntah darah) dengan serta merta. Santau tuju biasanya dilakukan diwaktu selepas tengah malam dengan pemujaan ke atas pakaian, rambut atau barang peribadi pesakit.

Santau Langkah
Santau langkah ‘dikenakan’ kepada mangsa dengan menanam atau meletakkan ramuan santau atau bahan lain seperti duit syiling (atau apa-apa logam yang kecil) yang telah dibacakan mentera jin dan syaiton; di pintu pagar rumah, bawah tangga rumah atau pintu pejabat. Mangsa yang melangkah ‘barang’ tersebut akan menerima kesan sebagaimana orang yang terkena santau angin.

Santau Batuk
Santau batuk ini adalah peringkat awal mereka yang terkena serangan santau. Mangsa akan mengalami batuk yang berterusan walaupun telah banyak mengambil ubat batuk (perubatan moden); kadangkala diiringi dengan sakit kepala. Santau kadangkala tidak memberikan kesan yang serius seperti kerosakkan organ dalaman mangsa. Ini berkemungkinan berlaku kerana tidak diizinkan oleh Allah SWT atau mungkin tukang sihir atau penghantar santau tidak melakukan ‘penghantaran’ santau dengan sempurna mengikut kehendak jin dan syaiton berkenaan. Mangsa yang terkena santau batuk ini masih mempunyai harapan tinggi untuk disembuhkan sepenuhnya melalui rawatan dan perubatan Islam yang segera dan cepat.

#Cara Scan  Diri
-untuk mendapatkan
CARA MUDAH
sama ada ANDA di
SIHIR,SANTAU,SAKA??
ia benar atau tidak
HUBUNGI :
013-4916228
Kami akan Ajar&Bimbing Anda Dimana Jua Dengan Menggunakan
6 Harakat.

GANGGUAN SAKA

GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup

1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:
a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki –sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas. Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan. Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap org lain.

JALAN PENYELESAIANNYA

AKU JANJI SAKA

  AKU JANJI SAKA

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan, sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal dan mental (kebal dan kuat)

DARUL U'LUM GROUP'S #Kaedah Rawatan Islam #Komuniti Perniagaan Halal Malaysia

DARUL U'LUM GROUP'S #Kaedah Rawatan Islam #Komuniti Perniagaan Halal Malaysia

CIRI-CIRI MUNGKIN ANDA DISANTAU

AWAS !! DISANTAU





SELAWAT SYIFA

#Jom Sama-Sama Kita Jayakan Program "Jom Berselawat Keatas Nabi Muhammad SAW" Sempena Bulan Kelahiran Nabi Kita Pemberi Syafa'at Kekasih Allah.
Program Tajaan :
1. Pejabat Zakat Padang Terap Kedah
2.Masjid Ar Rayyan Kuala Nerang

DOA SEBELUM BERSETUBUH

"Program Kearah Pewaris Redho Ilahi"-usaha mendidik kearah yang lebih baik  #Tajaan : Persatuan Ulamak Kedah


TANDA TERKENA SANTAU


TANDA-TANDA SAKA YANG PERLU DIKETAHUI


Apa itu SAKA???

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DIAMBIL
??????????


KAEDAH&CARA MEMBUANG SAKA

#dipanjangkan untuk Kebaikan semua Masyarakat - MZA (Darul U'Lum Group's)

SAKA??

Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

DARUL U'LUM GROUP'S

#Rawatan Islam Percuma