HUKUM HUKUM PERKAHWINAN
ERTI NIKAH
- nikah ialah perjanjian diantara lelaki dan perempuan untuk menghalalkan perempuan dengan beberapa syarat :
Hukum Kahwin ada 5 :
1. Wajib
2. Haram
3. Sunat
4. Makruh
5. Mubah
1. Wajib - Seseorang yg mempunyai keinginan yg kuat kepada perempuan dan mampu memberi mahar dan nafkah serta takut akan berzina!maka kahwin bagi orang itu disebutkan adalah WAJIB.
2. Haram - Haram kahwin bg seseorang yg tidak ingin kepada perempuan dan ia yakin tidak boleh menguruskan seseorang perempuan seperti tidak mampu memberi mahar,nafkah,tempat tinggal dan lain-lain kewajipan, jika ia berkahwin juga mungkin ia hanya akan memberi kemelaratan dan kesusahan sahaja kepada perempuan yg dikahwininya.
3. Sunat - Asal hukum nikah sunat bagi orang yg berkeyakinan dan berkemampuan berdasarkan kepada banyaknya anjuran di dalam Al Quran dan Hadith² yg diriwayatkan oleh Muslim yg bermaksud "Ada 4 perkara yg mendatangkan kebahagian kepada manusia dan 4 perkara yg mendatangkan kecelakaan kepada manusia".
4 perkara yg mendatangkan kebahagian kepada manusia:
1. Perempuan yg Solehah
2. Tempat tinggal yg selesa
3. Tetangga yg baik
4. Kenderaan yg mendatangkan kesenangan
4 perkara yg mendatangkan kecelakaan:
1. Tetangga yg jahat
2. Isteri yg jahat
3. Kenderaan yg meragam
4. Rumah sempit.
(bersambung) 31.12.2016 siri 1 rumahtangga bahagia #ditulis oleh MZA bahagian dakwah darul u'lum group.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan