PENGERTIAN KHALWAT

Khalwat pada maknanya ialah menyendirinya seorang lelaki dengan perempuan yg bebas dari pandangan mata manusia. Hal sebanyak ini banyak terjadi di zaman sekarang ini,iaitu dirumah rumah orang Islam yang mengambil pembantu pembantu wanita ajnabiyah yg didatangkan dr negeri negeri jauh tanpa muhrim. Hal ini sering terjadi bahkan merupakan satu kenyataan.

Kalau tuan rumah atau salah seorang anaknya atau salah seorang anggota keluarganya selalu berkhalwat(berdua duaan) dengan pembantu rumah,maka apabila anggota keluarga yg lain keluar,ketika itulah syaitan akan mengambil kesempatan untuk menyeret melakukan maksiat.

Maka dengan demikian terbuktilah sabda Rasulullah SAW tentang bahayanya berdua duaan. Hal sebegini akan terjadi pada lelaki dan wanita tidak kira sama ada mereka yg soleh ataupun yg telah tua.

Satu perkara yg tidak dinafikan lagi ialah tabiat manusia lelaki dan wanita akan mencintai antara satu sama lain telah merupakan fitrah. Apabila pembantu² rumah terdiri dari wanita² yg cantik maka ia merupakan bencana yg besar yg akan menimpa kaum Muslimin di zaman sekarang. Di akhir² ini ramai  orang yg mengambil pembantu rumah terdiri dari mereka yg mempunyai daya tarikan yg boleh mendorong seseorang itu melakukan maksiat apabila tidak ada orang selain dari mereka. Semoga Allah menjauhkan kita dari bencana-Nya.

Satu lagi jenis ikhtilath yg sering menimpa kaum Muslimin dan bahayanya tidak kalah dgn apa yg disebut diatas iaitu sesetengah org Islam mengambil pemandu dan pemandu lelaki,dan jelaslah kita akan lihat bahawa pemandu itu akan bersama seorang anak perempuannya atau pemandu itu bersama isterinya tanpa disertai oleh muhrimnya. Ini adalah satu sebab kenapa berlakunya keretakan rumah tangga bahagia.

Sesetengah org Islam menyuruh pemandu keretanya menghantar puterinya ke sekolah dan ada pula yg menyuruh menghantar isterinya ke kompleks nembeli belah disertai pemandunya. Kadang² pemandunya bkn org Islam dan menyimpang dari tuntutan agamanya. Walaupun untuk mempelajari ilmu wajib dan si pemandu org yg soleh,ini tetap haram kerana Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud

 "Tidak berdua duan seorang lelaki dengan perempuan,kecuali syaitan masuk menjadi pihak ketiga."

Walaubagaimana pun kejelikan mungkin terjadi oleh itu org Islam yg berakal tidak akan menerima perlakuan seperti itu untuk keluarganya. Dan tidak boleh baginya mengabaikan amanat dan melepaskan sembarangan apa yg ia miliki yakni melepaskan muhrim muhrimnya kearah bencana.

Satu lagi yg masuk dlm jenis ikhtilath yg haram adalah berpergian seorang wanita tanpa disertai muhrimnya.

Sabda Rasulullah SAW maksudnya
"Tidak boleh berpergian seorang perempuan kecuali dengan muhrimnya" (Muttafaq Alaih)

Kalau wanita berpergian tanpa muhrim ini akan menimbulkan Fitnah dan kehancuran. Yang tergolong muhrim bg perempuan ialah suami atau yg haram berkahwin dengannya sebab nasab seperti saudara atau yg terjadi susuan,saudara susuan.

Selanjutnya yg termasuk dlm ikhtilath yg tidak dibolehkan ialah bercampurnya anak lelaki dan perempuan yg sudah tamyiz yang dalam satu tempat tidur walaupun mereka bersaudara.Rasulullah telah memerintahkan supaya memisahkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan walaupun mereka bersaudara.

Firman Allah SWT...
"Waha orang yg beriman,janganlah kamu masuk kedalam rumah yg bukan rumah kamu,sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya(ahlinya): yg demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat(mematuhi cara dan peraturan yg sopan)  (an Nur ayat 27).

Pentingnya peraturan kunjung mengunjungi seseorang sebagaimana tersebut diatas adalah kerana orang yg datang boleh jadi wanita ajnabiyah yg memungkinkan terjadinya percampuran dgn anak² tuan rumah.atau yg datang itu ialah lelaki ajnabi yg memungkinkan terjadi percampuran dgn muhrim² tuan rumah. Bila ini terjadi bererti tuan rumah telah dihadapkan bermacam macam mara bahaya yg menggoncangkan keluarganya dan masyarakat.

Wahai saidari saudari kaum muslimat,hindarilah menghambakan diri kepada orang lain selain kepada orang yg telah melahirkan dan memelihara kamu sejak kecil mu. Ini kerana kebanyakkan para majikan itu menyimpang dari ajaran² Islam yg lurus dlm segi aqidah,akhlak,tutur kata dan kebudayaannya...

Yang baik dari Allah salah dan silap dari diri sendiri.

4.1.2017 MZA BktTembaga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan